Friday, January 29, 2010

Penyakit Kulit

Panau (tinea versicolor atau pityriasis versicolor) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat dari genus Malassezia.

Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.

Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Dermatitis seborea (bahasa Inggeris Seborrhoeic eczema / Seborrheic dermatitis) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat. Masalah ini mampu menjangkiti kulit kepala, muka, dan tubuh menyebabkan kulit merah, bersisik, berkeruping, gatal, dan merah. Ia biasanya menyerang kawasan kulit yang kaya dengan kelenjar-sebum.

Kayap - Virus varicella zoster (VZV) merupakan salah satu dari lapan virus herpes yang diketahui menjangkiti manusia (dan haiwan vertebrat). Ia biasanya menyebabkan cacar air pada kanak-kanak dan kedua-dua kayap dan neuralgia lepas herpes pada orang dewasa. Waktu terdedah sampai kena penyakit adalah dalam tempoh 2 sampai 3 minggu.

Penyakit Kawasaki, atau juga dikenali sebagai sindrom nod lymph, penyakit nod mucocutaneous, infantile polyarteritis dan sindrom Kawasaki, adalah vasculitis terhad-diri yang kurang diketahui yang menjejaskan banyak organ, termasuk kulit dan selaput (membran) pernafasan, nod lymph, dinding salur darah, dan jantung. Ia tidak kelihatannya berjangkit. Penyakit Kawasaki mungkin menyebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Ini diikuti oleh petanda yang berikut: demam; ruam; pembengkakan tangan dan kaki; kerengsaan dan kemerahan mata; kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong; dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. Kesan awal penyakit Kawasaki berkemungkinan tidak serius, tetapi, dalam sesetengah kes, kerumitan jangka masa panjang termasuk kerosakan arteri koronari mungkin timbul. Ia mula digambarkan pada tahun 1967 oleh Dr. Tomisaku Kawasaki di Jepun.[1]

"petikan dari wikipedia"

0 comments:

Post a Comment